Objek-objek Kubernetes Kubernetes

Kubernetes menetapkan satu set blok binaan ("primitif") yang bersama-sama memberikan mekanisma yang mengerah, menyelenggara, dan menskala aplikasi-aplikasi berdasarkan CPU, ingatan[14], atau metrik-metrik tersuai.[15] Kubernetes digandingkan secara longgar (loosly coupled) dan boleh diperluas supaya mampu menampung beban kerja berlainan. Sebahagian besar kebolehperluasan ini disediakan oleh Kubernetes API, yakni API yang digunakan oleh komponen-komponen dalaman, perluasan-perluasan (extension) dan kontena-kontena yang dijalankan pada Kubernetes.[16]

Pod

Unit penjadualan asas dalam Kubernetes ialah pod.[17] Ia meninggikan tahap pengabstrakan dengan mengelompokan komponen-komponen berkontena. Satu pod terdiri daripada satu atau lebih kontena yang dijamin diletakkan di tempat yang sama di mesin hos dan boleh berkongsi sumber.[16]

Setiap pod di dalam Kubernetes diberikan alamat IP Pod yang unik di dalam gugusan, lantas membolehkan aplikasi-aplikasi menggunakan port tertentu tanpa risiko port tersebut sudah digunakan oleh aplikasi lain.[18]

Perkhidmatan

Gambaran ringkas menunjukkan bagaimana Perkhidmatan berinteraksi dengan rangkaian Pod di dalam gugusan Kubernetes

Perkhidmatan atau servis Kubernetes ialah sekumpulan pod yang bekerjasama, seperti satu peringkat untuk aplikasi berbilang peringkat. Kumpulan pod yang membentuk perkhidmatan ditentukan dengan menggunakan pemilih label (label selector).[16]

Jilid

Sistem fail di dalam kontena Kubernetes secara lalai menyediakan storan sementara. Ini bermakna jika kontena sebegini dimulakan semula, semua datanya akan hilang, dan oleh yang demikan, storan sebegini adalah suatu batasan dalam semua jenis aplikasi kecuali aplikasi ringkas. Jilid (volume) Kubernetes menyediakan storan kekal yang kekal sepanjang hayat pod yang terbabit. Storan sebegini turut boleh dijadikan sebagai ruang cakera kongsian bagi kontena-kontena di dalam sesebuah pod.

Ruang nama

Kubernetes menyediakan penyekatan (partitioning) sumber-sumber yang diurusnya kepada set-set yang tidak bertindih dipanggil ruang nama (namespace). Ia bertujuan untuk digunakan di dalam persekitaran yang mempunyai ramai pengguna dari pelbagai pasukan, projek, mahupun persekitaran berasingan seperti persekitaran pembangunan, ujian dan pengeluaran (production).

Rujukan

WikiPedia: Kubernetes http://www.dasblinkenlichten.com/kubernetes-101-ne... http://www.eweek.com/cloud/early-stage-startup-hep... http://github.com/kubernetes/kubernetes/ http://queue.acm.org/detail.cfm?id=2898444 https://docs.bitnami.com/kubernetes/how-to/configu... https://www.digitalocean.com/community/tutorials/a... https://github.com/kubernetes/kubernetes/commit/2c... https://github.com/kubernetes/kubernetes/releases https://research.google.com/pubs/pub43438.html https://blog.powerupcloud.com/autoscaling-based-on...